Tanggal 8 April 2014, sejurus selepas rombongan meminang / merisik selesai..perkara pertama yang ade dalam pikiran ialah nak menghasilkan baju tunang sendiri..Okla jahit baju memang xpandai..jadi dC tempah jahit baju dekat kawan satu opis dC. mak dia kalo amek tempahan jahit baju, memang kemas sangat jahitannya..dC da selalu tempah baju dekat mak kawan dC tu. Memang sangat2 puas hati dengan jaihtan dia..
So terus bagi kain pada kawan dC tu..nasib baik dia nak terima lagi.hihi.. dC seap cakap lagi baju tempah tu nak awal sebab dC nak pakai untuk tunang. Tak sampai sebulan je da siap baju tu. Ini la baju yang da siap jahit..dC tempah baju kurung moden je.
dC memang xpilih warna tema untuk tunang nanti. Kebetulan dC memang ade beli kain pasang kosong warna ungu ni..Jadi ungu la warna tema dC nanti.. Nasib baik dc tak cerewet bab2 warna tema ni..Asalkan cantik dimata dC, da ok.. dC tempah kurung moden dekat kawan dC ni murah aje..harga upah jahit RM40 sahaja..jahitan yang sangat2 kemas. Sangat berbaloi-baloi..;)
Jadi, bila da dapat baju kosong macam ni, bermula la projek mendekorasi baju mengikut citarasa dC.. dC memang dari dulu teringin nak design lace tampal dekat sebelah bahagian baju je. dC ade tengok design mcm dC nak tu kat internet.
Design dia lebih kurang macam ni la.. thanks to google.. gambar ni kawan dC yang forward kn pada dC.. Dalam kepala da tau kena beli apa. dC beli lace, manik2 semua dekat PISB.. Kebetulan mak ade kad ahli jadi dapatla potongan bile beli guna kad ahli. bolehla berjimat sikit..;p. Bila da sedia semua barang, dC potong2 border lace ikut bentuk bunga saje.dC xnak bagi nampak border dia.. dC xsempat nak snap gambar border lace tu. Bila da potong border lace ikut bentuk bunga, dC pun cube2 cantumkan untuk ditampal pada baju dC..
Hihi xberapa nak same dengan gambar inspirasi tapi xpela.. asalkan cantik bolehla..hihi.. Bila da berpuas ati dengan design yang dC nak, dC pun jahit kasar dulu guna benang supaya design tu xlari bila dC jahit manik nanti..
Selepas sebulan setengah dC bersengkang mata jahit manik..inilah hasilnya..^^
dC sangat2 berpuas hati dengan hasil tangan dC sendiri.. ^^ Pada bakal2 tunang yang teringin nak buat baju tunang sendiri, cubala..anda pasti akan berpuas hati bila pakai mase majlis tunang tu nanti.. Siap boleh bangga lagi ;p.
No comments:
Post a Comment